llancaulla

4 tahun

Preauricular Sinus berdarah dan nanah

bayi saya 9bulan … ketika lahir hingga umur 8bulan tiada masalah…masuk 9bulan saya dapati lubang tersebut membengkak…lalu saya picit…dan keluar nanah berserta darah…bau nya lebih kepada bau darah bukan bau nanah…sebelum ni saya ada aju kan persoalan ni kepada klinik kesihatan berhampiran…dan mereka mengatakan tiada apa yang serius berlaku…saya tidak mampu untuk ke klinik swasta …jadi…adakah ianya bahaya…doctor ada cakap…ia tidak menganggu lubang telinga yang sedia ada…terima kasih

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anak anda tentang masalah yang dihadapi.

“Preauricular sinus” adalah lubang kecil yang biasanya terdapat di hadapan cuping telinga luar . Ia adalah kecacatan kongenital (kecacatan semasa kandungan ibu) yang kadang-kadang di kenalpasti ketika bayi tersebut dilahirkan. Namun begitu, sinus preauricular biasanya menjadi lebih ketara setelah bayi semakin besar. Ia juga dikenali sebagai fistula telinga kongenital, fistula pre-auricular kongenital, lubang kecil depan telinga atau sista preauricular.

Kebanyakan individu yang mempunyai sinus preauricular tidak mempunyai apa-apa gejala atau masalah. Justeru bagi mereka, tiada sebarang rawatan yang diperlukan. Namun begitu bagi sesetengah individu yang mengalami jangkitan yang berulang dan bernanah pada kawasan sinus tersebut, pembedahan perlu dilakukan.

Pesakit yang mempunyai sinus preauricular boleh mengalami keradangan pada muka atau bisul di hadapan telinga disebabkan jangkitan kuman di dalam lubang tersebut.
Di antara ciri klinikal lain ialah:

  1. Sakit
  2. Lelehan nanah melalui sinus
  3. Bengkak di sekitar sinus
  4. Radang/ kemerahan kulit
  5. Ulser

Kebanyakan sinus preauricular tidak mendatangkan sebarang masalah dan tiada rawatan spesifik yang diperlukan. Walau bagaimanapun, jika sinus preauricular itu mengalami komplikasi yang berulangkali seperti nanah, pembedahan sinus adalah disyorkan oleh doktor.

Rawatan ketika pesakit mengalami jangkitan sinus seperti keradangan kulit, ialah dengan antibiotik. Jika bernanah atau bisul, nanah mesti dikeluarkan dengan cara membuat pembedahan kecil. Nanah perlu dihantar ke makmal untuk kultur bagi memastikan penggunaan antibiotik yang betul dan spesifik kepada kuman yang dikesan.

Untuk mengetahui punca masalah yang anak anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (102)