
Sulit
5 tahun
Preauricular Sinus kali ke2
Anak perempuan saya berumur 9 tahun kini mengalami sakit preauricular sinus buat kali ke 2 d sebelah telinga kanan (tempat yg sama).pernah mengalaminya sewaktu dia berumur 6 tahun,dan pernah menjalani pembedahan kecil untuk mengeluarkan nanah dan rawatan selanjutnya.oleh kerana skg kita berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan,apakah prosedur yg seharusnya saya lakukan untuk membawa anak saya ini ke hospital?sebab sekarang ini d bahagian sakit membengkak,merah dan anak kata sakit kepala jika ditekan.kami sekarang berada di Kunak.Alhamdulillah setakat ini kami ikut p

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana jangkitan ini boleh tersebar ke struktur yang berdekatan. Anda cuma perlu menyatakan tujuan anda ke hospital adalah untuk merawat anak anda. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.