
Sulit
3 tahun
Pregnancy 13 week 6 days
Hai, sy nk tnya normal ke kandungan 13 minggu lebih tp kedudukan baby timbul dkt area perut belah kanan je? Sy tak rasa sebarang pengerakan, tp tiap kali bangun pagi perut rasa keras & timbul di area belah kanan perut mcm tak centre kedudukan nya. Jd normal atau tidak?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai posisi kandungan di dalam rahim. Beberapa kandungan boeh berada dalam posisi anterior, posterior. melintang dan juga songsang. Berdasarkan keterangan yang anda beri, ia adalah terlalu umum dan doktor perlu mengethaui tentang sejarah kesihatan anda dengan lebih lanjut serta melakukan pemeriksaan fizikal secara menyeluruh sebelum dapat membuat kesimpulan mengenai maslah anda.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor