Sulit
3 tahun
Pregnant 10 weeks and a 1yo kid at home
Saya 34 tahun, tengah mengandung 10mggu dan juga seorang guru. Baru semalam dapat tahhu bapa pelajar ada memgikuti perhimpunan tabligh. Dan sy ada mengajar pelajar itu.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Berdasarkan penerangan di atas, apa yang boleh saya nasihatkan adalah untuk melakukan langkah pencegahan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia:
Mencuci tangan dengan sabun dan air.
Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Selain itu, untuk meningkatkan imuniti badan, anda dinasihatkan untuk
Mengamalkan diet yang seimbang. Banyakkan buah dan sayur
Kerap bersenam mengikut kesesuaian anda kerana anda sedang mengandung
Pengambilan vitamin tambahan
Semoga anda dan bayi sentiasa dalam keadaan sihat.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/