
Sulit
5 tahun
Pregnant 14 minggu dan ada spotting
Saya spotting sejak semalam dan pada waktu pagi waktu bekerja sahaja. Hari ni pun dia bleeding lagi. Warna darah coklat gelap. Tapi bila saya balik dari kerja dia tak keluar pulak. Saya scan semalam doc kta tiada apa apa . Bagaimana ye ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, memandangkan janin anda kelihatan sihat, masalah pendarahan semasa hamil boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pendarahan akibat trauma semasa melakukan hubungan seks
- Radang serviks
- Jangkitan kuman
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.