
Anonymous
5 tahun
Pregnant 4 week tapi tak nampak kandungan
saya umur 24 … saya last period 15/5 … lepas seminggu dari saya habis period … ada titik darah sikit then saya kena mual yang teruk … bila saya cek ianya +ve then 2 minggu lepas tu saya pergi klinik untuk scan … doc tu kata ada kandungan tapi bukan usianya 2minggu … dia cakap masa saya period 15/5 tu saya dah pregnant … then doc tadi saya pergi scan dia kata tak nampak pulak … saya jadi confuse … bila cek upt still positive … ape masalah ea doc ? saya pregnant anak first jadi x tahu sangat tentang ni … mohon pencerahan … terima kasih doctor.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda,antara sebab bacaan upt tidak tertentu ialah:
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan
Anda dinasihatkan untuk membuat upt sekali lagi ataupun berjumpa dengan doktor untuk mengesahkan keadaan puan.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih