
nurulashriq89
5 tahun
Pregnant Anak kecil lagi
Doktor anak saya baru berusia 8 bulan dan sekarang saya pregnant lagi bahaya tak doktor

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda jarak ideal antara satu kehamilan dengan kehamilan berikutnya adalah antara 2-5 tahun. Banyak dapatan dari kajian menunjukkan komplikasi kepada bayi dan ibu jika jarak tersebut tidak dipatuhi.
Nasihat kami, puan tidak perlu risau, rajinkan diri berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan dapatkan nasihat daripada mereka. Pastikan mereka maklum dengan keadaan puan. Kakitangan kesihatan akan cuba yang terbaik agar semuanya berjalan dengan lancar tanpa masalah.