
hetipurwaningsih7
6 tahun
Pregnant boleh kah naik pesawat
Saya 30 tahun dan sedang mengandung 4 minggu. Boleh kah early pregnancy naik pesawat ? Aman kah ?

6 tahun
Terima kasih atas soalan, puan. Saya berharap saya akan dapat menjawab semua soalan puan.
Secara amnya waktu mengandung adalah salah satu masa yang kritikal dan mempunyai risiko - risiko tinggi yang boleh menjejaskan kesihatan bagi ibu dan anak. Sebelum menaiki kapal terbang sila dapatkan nasihat daripada doktor yang sedang memantau taraf kesihatan anda ketika hamil.Hal ini disebabkan , terdapat beberapa syarikat penerbangan yang hanya akan membenarkan penumpang jika mereka mempunyai surat daripada doktor.
Di samping itu , kemungkinan besar anda tidak akan dilarang daripada menaiki kapal terbang disebabkan kandungan anda belum mencapai 36 minggu ke atas . Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.