
Sulit
4 tahun
Pregnant dan sakit bawah perut
hi doktor, adakah normal untuk saya yang baru first time mengandung merasakan sakit pada bawah perut. dan tegang di belah kiri kanan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Jawapan in adalah jawapan am mengenai masalah anda.
Untuk makluman anda, masalah sakit dan ketegangan pada bawah perut boleh disebabkan implantasi janin kedalam dinding rahim anda dalam situasi ini. Ia juga boleh disebabkan oleh rembesan hormon yang bertindak atas kehamilan anda yang baru kerana hormon tersebut boleh mengawal ketebalan dinding dalam rahim bagi penyediaan implantasi janin. Faktor lain juga termasuk regangan ligamen dan otot dalam ruangan pelvis kerana rahim anda yang semakin besar.
Namun, kami nasihatkan anda untuk pantau sekiranya anda mempunyai simptom-simptom bahaya seperti:
- Pendarahan yang tiba-tiba dan berlebihan
- Sakit yang berlarutan lebih daripada 3 bulan
- Keletihan dan tidak bermaya
- Muntah berpanjangan
- Pembesaran perut yang tidak sekata.
Sila berjumpa dengan doktor sakit puan anda yang berdekatan sekiranya perkara in berlarutan dan semakin teruk. Untuk info lanjut, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.