
Anonymous
6 tahun
Pregnant ke atau tidak
Doktor … jikalau saya x lebih lagi tarikh period boleh ke cek pregnancy? Adakah hcg dh blh detect?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman pihak puan, puan dibenarkan untuk check bacaan ujian kehamilan walaupun belum sampai tarikh period anda. Cara bacaan ujian kehamilan adalah berbeza bergantung kepada alat yang digunakan, sila rujuk pek alat ujian tersebut dan baca arahan yang tertera. Biasanya 2 garisan menunujukkan kehamilan. Terdapat beberapa penyebab ujian kehamilan negatif walaupun hamil:
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
Untuk mengesahkan anda hamil atau tidak, sila rujuk kepada doktor di klinik bagi ujian pengesahan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.