Sulit
4 tahun
Pregnant selepas czer
Dr…saya baru bersalin secara czer dan bayi sy berusia 4 bln…skrg sy pregnant lg dlm sebulan sbb tertinggal ubat perancang…perlukah sy teruskan kandungan sy @ perlu sy gugurkan…klu saya teruskan ada risiko x? Dan klu saya gugurkan ada jgk x risikonya…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, kehamilan selepas caeser dinasihatkan selepas 18 bulan bersalin. Namun, jika anda telah hamil, terdapat risiko:
- rahim pecah (Risiko ini 1/200 wanita jika anda ingin beranak secara normal)
- pendarahan
- uri melekar pada parut caeser
jika anda ingin menggugurkan kandungan, terdapat risiko:
- darah beku pada rahim
- jangkitan rahim
- alahan pada ubat-ubatan
Kami tidak boleh mengulas lebih lanjut tentang keputusan sama ada perlu menggugurkan atau tidak kerana tidak mempunyai laporan kesihatan anda yang lengkap. Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor pakar sakit puan untuk keterangan yang lebih teliti kerana keputusan menggugurkan anak adalah sesuatu yang besar.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.