
Sulit
5 tahun
Pregnant test positive
Saya winne berumur 27 tahun.saya wanita sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak dan anak ketiga baru berumur 6 bulan lebih.saya ragu2 kalau saya pregnant sbb saya belum datang period bulan march ni.bukan saya tak nak mengandung lagi sekarang doktor, atas sbb ekonomi sekarang dan gaji suami saya pn tidak menentu dan saya sendiri serang suri rumah.saya ingin kan pendapat doktor , boleh kah saya mengambil aortion pills ?saya perlukan nasihat doktor.terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, menurut undang-undang di Malaysia, negara kita telah mengharamkan pengguguran bayi tanpa sebab-sebab perubatan. Walaupun terdapat sebab-sebab perubatan, ia juga perlu diteliti dan diperhalusi bagi memastikan pengguguran tersebut dilakukan hanyalah untuk menyelamatkan nyawa si ibu.
Dengan menggunakan maklumat yang telah dijelaskan di atas, adalah menjadi satu kesalahan untuk saudara melakukan pengguguran menurut undang-undang Malaysia.
Tiada langkah yang boleh dianggap selamat apabila melakukan pengguguran. Antara cara yang dilakukan oleh pengamal-pengamal perubatan di klinik-klinik persendirian yang melakukannya secara tidak sah adalah menggunakan teknik dilatation and curettage. Teknik ini, jika tidak dilakukan dengan betul dan tanpa alat yang bersih serta kelengkapan yang cukup, boleh mendatangkan kematian kepada wanita yang menjalani proses tersebut.
Dengan itu, adalah dinasihatkan untuk saudara meminta penjelasan serta nasihat yang lebih lanjut dari doktor-doktor pakar di mana-mana hospital.