Sulit

3 tahun

Prolonged Jaundice lebih 30 hari sehingga kini. Anak saya berusia sebulan pada hari ni 04/01/21

Hi doct, anak sy telah mengalami prolonged jaundice lebih dari 30 hari, ujian darah di tangan telah pun diambil, keputusan dari jabatan patologi telah keluar.

LFT (FULL)
Protein, total - 56
Albumin - 36 (L)
Globulin - 22
Albumin globulin ratio - 1.5
Bilirubin, total - 180 (H)
Alanine aminotransferase(ALT) - 18
Alkaline phosphatase (ALP) - 367

Remarks : 5%

SERUM BILIRUBIN
Bilirubin, direct - 10 (H)
Bilirubin, indirect - 170 (H)

THYROID FUNCTION TEST
Thyroid stimulating hormone (TSH) - 9.04
Thyroxine, free (FreeT4) - 18
Comment : euthyroid biochemically

Soalan sy, adakah keputusan ini normal? Doctor di hospital suruh refer klinik kesihatan semula.

Hai, selamat sejahtera dan selamat petang. Terima kasih kerana mengajukan soalan ini kepada pihak kami.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.

Kami memahami kebimbangan dan kerisauan yang anda hadapi pada waktu ini mengenai masalah Jaundice yang berlaku kepada anak Tuan/Puan. Jaundice merupakan sebuah masalah di mana kulit bayi tersebut akan menjadi kuning disebabkan bilirubin berlebihan dalam badan . Bilirubin merupakan sebuah pigmen yang dihasilkan apabila berlaku kepecahan sel darah merah dalam badan. Masalah kuning ini boleh didapati bukan sahaja di kulit tetapi juga boleh ditemui pada bahagian putih mata iaitu sklera atau mukosa hidung dan mulut. Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan masalah ini. Antaranya ialah:

  • Bilirubin yang berlebihan dalam darah . Hal ini kerana organ hati masih belum dapat berfungsi dengan sempurna untuk membantu membuangkan bilirubin berlebihan dalam badan. Selain itu, masalah jaundice ini dipanggil jaundice fisiologikal. Ini selalunya akan berlaku 24 jam selepas bayi dilahirkan. Ianya akan beransur pulih biasanya dalam masa seminggu ke dua minggu.
  • Jaundice susu ibu . Hal ini kerana bayi tidak mendapat susu ibu yang mencukupi lalu mendatangkan masalah jaundice ini. Jadi, sebagai penyelesaian bayi tersebut haruslah diberikan susu ibu secara lebih konsisten supaya dapat meredakan keadaan tersebut. Dalam bahasa Inggeris terdapat dua istilah yang hampir sama iaitu ‘breast milk jaundice’ dan ‘breastfeeding jaundice’. Artikel ini merujuk kepada istilah ‘breastfeeding jaundice’.
  • Seterusnya, bayi tersebut juga akan mempunyai masalah ini sekiranya mereka memiliki masalah dalam sistem penghadaman mereka . Hal ini kerana apabila sistem penghadaman mereka bermasalah maka ianya akan mendorong bilirubin untuk berkumpul secara berlebihan dalam darah dan tidak dapat dihadamkan.
  • Masalah demam kuning ini juga akan wujud apabila didapati ibu dan anak memiliki kumpulan darah ‘rhesus’ yang berlainan . Hal ini sememangnya sangat bahaya dan harus di periksa dengan teliti dan mengambil langkah-langkah pencegahan dengan betul supaya dapat mengelakkan masalah yang tidak diingini.

Hilangkan kerisauan tentang keadaan anak anda, pakar kanak-kanak kami sedia untuk berkhidmat untuk anda.

Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih

AdobeStock_83754108

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)