
Sulit
5 tahun
Prosedur yang harus dilakukan oleh majikan sekiranya pekerja mendapat keputusan positif covid-19 ketika beliau sedang bekerja
Apakah prosedur yang harus dilakukan oleh majikan sekiranya pekerja mendapat keputusan positif covid-19 ketika beliau sedang bekerja selepas melakukan ujian saringan. Apakah tindakan yang harus dilakukan oleh majikan memandangkan pejabat mempunyai ramai pekerja? Diharapkan Dr. dapat memberikan penerangan yang jelas. Terima Kasih.

5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan yang telah diajukan.
Saya memahami kebimbangan anda.
Jika seorang pekerja anda didapati positif COVID-19
- Keluarga pekerja tersebut dan pekerja lain yang berkerja bersama dengan pekerja tersebut dikira sebagai kontak rapat dan harus menjalani ujian saringan.
- Pekerja lain yang perlu disaring harus di kuarantin selama 14 hari walaupun negatif
- Tempoh keputusan bergantung kepada hospital. Namun, kebiasaannya keputusan mengambil masa 48 jam untuk diperoleh.
- Tempat pekerja tersebut bekerja harus dibersihkan oleh pihak syarikat itu sendiri. Kebiasaannya, pihak syarikat akan melantik pihak yang mempunyai kepakaran dan bukan pekerja sendiri.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini