
mohamadrizal2307
5 tahun
Pulang dari hospital
Hi doktor, saya semalam baru balik dari hospital utk melakukan pemeriksaan kesihatan. Jadi saya ingin bertanya, apakah langkah keselamatan/kebersihan yg saya perlu lakukan selepas balik dari hospital. Semalam saya x naik ke rumah dahulu, mandi diluar, basuh badan dengan sabun, rendam pakaian menggunakan serbuk pencuci, sanitize hp & beg, lepas sejam bersihkan diri baru saya naik ke rumah. Adakah langkah yang saya amalkan selamat?

5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini. Berdasarkan kenyataan anda, langkah yang anda jalankan amat selamat dan saya sarankan anda teruskan usaha pembersihan tersebut.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini