
Sulit
3 tahun
Pulih covid-19 tapi masih batuk ringan
Hari ini genap hari ke-23 dari tarikh disahkan positif dan saya telah tamatkan kuarantin dengan pengesahan CAC-KKM pada hari ke-10. Selepas tamat kuarantin, saya masih ada batuk ringan sekali-sekala dan semakin hari semakin berkurangan. Sehingga hari ini, Kesan batuk masih ada walaupun cuma kadang-kala.
Majikan mengarahkan untuk saya tangguh masuk kerja, sehingga kesan batuk hilang sepenuhnya kerana bimbang menjangkiti rakan kerja. Persoalan saya;
i. Adakah kesan batuk ini kesan long-covid? Berapa lamakah ia akan pulih sepenuhnya?
ii. Sekiranya ya, long covid, bolehkah ia menjangkiti orang lain?
iii. Adakah keperluan untuk saya lakukan semula test-PCR untuk mengesan potensi sisa protein virus dan kebolehkangkitan kpd orang lain?
Harap sidang doktor dapat bantu kebuntuan saya dan majikan. Terima kasih

3 tahun
Salam sejahtera & terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kebimbangan anda tentang gejala batuk ringan yang semakin berkurangan namun menetap sehingga majikan mengarahkan untuk tidak masuk kerja sehingga gejala batu hilang sepenuhnya. Anda juga ingin mengetahui gejala tersebut berhubungkait dengan kondisi long COVID sehingga ia boleh menjangkiti pihak lain dan sekiranya anda perlu melakukan ujian PCR semula. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, sindrom long COVID merupakan kumpulan gejala yang tidak menjangkiti orang lain dan lazimnya ditemukan pada individu yang telah sembuh dari jangkitan COVID19. Menurut laporan, seseorang itu boleh mengalami sindrom long COVID sekurang-kurangnya 4 minggu malah lebih, bergantung pada setiap individu. Antara gejala long COVID ini termasuk
- lemah badan
- sakit dada
- batuk
- susah memberikan fokus
- pening atau sakit kepala
Namun begitu, gejala batuk yang berterusan yang disertai gejala-gejala yang lain juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius antaranya termasuk
- jangkitan COVID19 yang masih aktif
- jangkitan semula (atau kali kedua) kepada COVID19
- jangkitan virus atau bakteria lain
Selain itu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah bagi mengurangkan kesesakan di hospital serta mengelakkan anda untuk keluar dari rumah tanpa alasan yang kukuh.
Justeru itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih komprehensif.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini