
Sulit
4 tahun
Punca Berdarah Hidung dan Sakit Kepala
Saya Seorang Wanita beumur 33 tahun . soalan saya , saya berdarah hidung dan selepas menyiram kepala dengan air darah berhenti. selepas saya berdarah hidung saya terus sakit kepala di bahagian dahi . mohon pencerahan

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan sakit kepala, seperti:
- Migrain
- Tekanan darah tinggi dalam kepala
- Masalah pembekuan darah
- Ketumbuhan didalam otak
Kebanyakkan punca hidung berdarah adalah tidak diketahui (80%). Terdapat beberapa punca hidung berdarah seperti:
- Cuaca panas/sejuk
- Kecedaraan hidung
- Masalah pembekuan darah
- Pengambilan ubat seperti aspirin
- Resdung (“Sinusitis”)
Antara langkah-langkah yang anda boleh ambil untuk mencegah masalah ini berlanjutan adalah:
- Tidak mengorek hidung ketika berlakunya pendarahan dan selepasnya
- Elakkan pendedahan matahari yang lama
- Elakkan mengangkat benda berat mahupun menunduk dengan lama
- Elakkan makanan sejuk dan panas ketika dan selepas pendarahan
- Gantikan ubat seperti aspirin/ibuprofen dengan paracetamol
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.