Sulit
5 tahun
Punca haid tidak teratur
Hello doc . Saya period tidak teratur and period kalini buat saya risau . Saya sudah lama tidak period mungkin dalam sebulan lebih dan saya mengalami sakit perut setiap kali bangun dari tidur . Pada 15hb lepas saya mengalami buang air dan berwarna coklat gelap atau hitam . Pada 16hb saya tiba ii period dan banyak darah keluar gumpalan gumpalan . Dan harini 19hb saya tengok pad saya pagi ni tiada darah . Adakah ini normal doc ? Adakah saya ada penyakit atau mengandung ? Tolong jelaskan doc .
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah haid tidak menentu boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



























