
Sulit
4 tahun
Punca keluar darah haid yang sedikit dan berlendir serta berselaput dan juga mengapa saya period tak teratur?
Saya perempuan berumur 19 tahun,saya mengalami period yang tidak teratur, last period saya pada tahun lepas dan baru-baru ini period saya keluar darah yang sedikit, berlendir dan berselaput berwarna merah. Apakah punca period saya menjadi seperti itu?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, gejala haid tidak teratur merupakan perkara yang biasa dialami oleh segelintir golongan wanita yang sihat. Namun, gejala haid tidak teratur juga boleh disebabkan oleh beberapa perkara iaitu:
- Gangguan stress yang berlebihan
- Kurang rehat dan tidur
- Berat badan yang tidak seimbang
- Senaman yang tidak seimbang
- Ketidakseimbangan hormon
- Penyakit tiroid
- Penyakit sista ovari (PCOS)
- Kanser ovari
- Penyakit keradangan pelvis (PID) yang boleh disebabkan oleh jangkitan STI (selalunya simptom bersertakan sakit bahagian bawah perut).
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Terdapat banyak sejarah kesihatan dan siasatan lanjut harus dilakukan bagi mengenalpasti punca masalah anda. Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda mengenai perkara ini bagi mendapatkan rawatan yang sesuai. Sementara itu, anda boleh cuba yang berikut untuk membantu anda dalam meperbetulkan kitaran haid iaitu:
- Kurangkan stress.
- Amalkan gaya hidup yang sihat dan seimbang
- Jaga permakanan. Tingkatkan makanan mengandungi fiber dan vitamin seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.
- Elakkan merokok atau meminum alkohol
- Dapatkan berat badan yang seimbang
- Tidur dan rehat secukupnya.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!