
Sulit
4 tahun
Purging ke breakout?
Hi doc , proses purging akan berlanjutan selama 1-6 minggu kan doc , kalau purging itu berlaku lebih dari itu berkemungkinan ia adalah breakout , tetapi kalau pada tempoh tu jerawat tak tumbuh tapi jerawat yang lalu masih ade ? Ade kah itu purging atau breakout ye doc ? Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera! Terima kasih atas soalan yang dituju.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah jerawat yang anda hadapi. Untuk makluman anda, terdapat perbezaan antara purging dan breakout . Breakout merupakan masalah jerawat yang tumbuh akibat pori tersumbat, seterusnya meyebabkan alergi dan keradangan pada kulit anda. Manakala, purging merupakan proses pembersihan kulit daripada minyak dan kotoran yang menyumbat pori, kebiasaanya disebabkan kulit sedang “menyesuaikan diri” dengan suatu produk penjagaan wajah yang baru.
Ciri-ciri jerawat purging adalah ianya tumbuh pada kawasan yang biasa anda alami jerawat. Akan tetapi, jerawat breakout pula tumbuh bukan pada tempat yang biasa. Contohnya, anda tidak pernah alami jerawat di dahi, tiba-tiba ianya muncul. Kebiasaannya, jerawat breakout kelihatan kemerahan disebabkan keradangan dan penggunaan sesuatu produk yang baru anda cuba itu secara berterusan akan menyebabkan ianya menjadi lebih teruk. Sebaliknya, purging akan mereda sendiri sekitar tempoh 2-8 minggu.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih