
Sulit
5 tahun
Pusat bayi 2 bulan bernanah
Bayi saya berumur 2 bulan 8 hari. Pusat bayi saya kelihatan ada benjolan timbul dan ada nanah keluar dari benjolan tersebut. Adakah itu umbilical granuloma? Bayi masih menyusu seperti biasa dan aktif cuma akan rasa sakit setiap kali saya bersihkan bahagian pusat tersebut semasa mandikan dia. Apa perlu saya buat?

5 tahun
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah tersebut boleh disebabkan okeh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan kuman
- umbilical granuloma
- sinus pada pusat
Memandangkan telah keluar nanah, anda disarankan untuk membawa bayi anda berjumpa dengan doktor secepat mungkin bagi rawatan yang bersesuaian.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.