
Sulit
4 tahun
Puting lelaki sebelah kanan lebih besar
saya remaja sekolah lelaki…saya ingin bertanya kenapa puting sebelah kanan saya lebih besar daripada sebelah kiri…tapi tiada rasa sakit…hanya saiz yang berbeza

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda. Akan tetapi, kebiasaannya saiz puting boleh jadi berlainan saiz antara kedua-dua belah. Maka, menurut pendapat saya, anda tidak perlu risau kerana ianya mungkin normal memandangkan anda juga tidak mengalami apa-apa gejala lain.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor terutama sekali jika terdapat benjolan atau sakit dibahagian tersebut.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.