
Sulit
4 tahun
Puting Payudara Berbau
Saya wankta berumur 22 tahun dan pertama kali puting payudara kiri saya berbau masam seperti bau masam muntah kanak²
Saya baru perasan 3 hari lepas.
Apakah yang perlu saya lakukan dan adakah perkara ini merbahaya ataupun jika ianya kanser pada pendapat dr tahap berapakah sakit saya ini.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah yang anda hadapi, iaitu:
- Peluh
- Jangkitan kulat pada payudara
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.