Sulit
4 tahun
Puting payudara kerap gatal tetapi tiasa benjolan
Hi doctor,
Puting payudara saya kerap gatal. seminggu dlm 2 atu 3 kali. tetapi tiada benjolan di sekitar payudara. cuma jerawat sekitar payudara dan puting kerap mengalami gatal gatal kedua2 belah payudara.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kegatalan pada puting payudara. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- pembersih
- minyak wangi
- sabun
- gentian bulu
- kulit kering juga boleh menyebabkan payudara atau puting susu anda menjadi gatal-gatal.
- kehamilan meningkatkan kemungkinan gatal-gatal payudara dan puting susu. Payudara biasanya membesar semasa mengandung. Kulit regangan boleh menyebabkan gatal-gatal dan mengelupas.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

































