
Sulit
4 tahun
Puting payudara sakit dan ada bintik bintik putih
Hi doc umur saya 19thn boleh saya tau kenapa puting payudara saya sakit apabila terkena sesuatu dan kat situ ada bintik2 putih…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala sakit puting boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Perubahan fibrotik payudara yang terkait dengan haid
- Jangkitan kuman
- Papilloma yaitu sejenis ketumbuhan yang tidak ganas
- Ektasia yaitu biasanya akibat keradangan dalaman
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga.