
Sulit
5 tahun
Puting sakit & nanah
Saya wanita yang belum berkahwin. Sebelum saya datang haif breast n satu bdn sy akan sakit. Tapi kali ni nipple sy sakit belah kiri saja. Mcm gatal tapi sentiasa sakit. Sy fikir sekejap saja sbb mungkin simptom nk period. But hari ni nipple sy sakit sgt dan sy pengang akak keras dari kanan. Dan bila sy picit mcm ada nanah keluar. But x sure nanah or apa… sampai sekarang masih sakit. Apa tanda2 sakit sy ni ya ? Atau perlu sy jumpa doctor terus ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala sakit puting serta cairan yang keluar boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Perubahan fibrotik payudara yang terkait dengan haid
- Galactorrhea yaitu pengeluaran susu berlebihan walaupun tidak hamil
- Jangkitan kuman
- Papilloma yaitu sejenis ketumbuhan yang tidak ganas
- Ektasia yaitu biasanya akibat keradangan dalaman
Memandangkan anda belum berkahwin dan sangat sakit, justeru adalah amat digalakkan agar masalah ini segera dirujuk ke doktor agar dapat ditangani sebelum memburuk dan memberi efek buruk.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.