
muhdf2323
5 tahun
Rahang kanan sakit dan pening
kenapa rahang kanan saya sakit. saya sudah berjumpa doktor gigi dua hari lepas dan gigi saya elok. tapi kenapa rahang kanan saya sakit? selain itu, kepala saya juga pening.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit rahang boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Bengkak nod limfa - akibat jangkitan kuman
- Radang kalenjar parotid - akibat jangkitan atau autoimun
- Radang kalenjar air liur - akibat jangkitan atau autoimun
- Jangkitan dalam telinga
- Mastoiditis - Jangkitan pada tulang berhampiran telinga
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.