
Sulit
2 tahun
Rahang mengetap dengan sangat kuat
assalamualaikum tuan/puan, saya pelik kenapa kadang2 rahang saya memaksa saya untuk mengetap gigi sangatt kuat tetapi tidak bergesel. Jadi, apakah sebabnya dan cara untuk menyelesaikannya ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda berkan boleh disebabkan:
- Sindrom TMJ (temporomandibular joint)
- Tetanus
- Kurang kalsium - boleh menyebabkan otot seperti otot rahang kejang
- Kekejangan otot rahang
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.