Sulit
3 tahun
Rahang mudah berbunyi dan kebas apabila nak buka
Boleh saya tahu sebab rahang selalu berbunyi, saya dah jumpa Dr banyak kali dan kebanyakkan Dr cakap disebabkan stress, jadi Dr nasihatkan saya untuk rehat dan but aktiviti yang tidak stresskan diri, Tapi walaupun saya rasa diri saya dah dalam keadaan yang tidak stress tapi rahang saya sentiasa berbunyi dan kadang² rasa sakit atau kebas untuk buka luas² .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Temporomandibular joint (TMJ) dysfunction
- Temporomandibular joint osteoarthritis
- Recurrent TMJ dislocation
- Radang sendi rahang (TMJ inflammation)
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Masalah yang dialami oleh anda juga boleh disebabkan oleh punca yang kami tidak sebutkan di atas. Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.