
Sulit
4 tahun
Rahim melecet ketika hamil
Sy wanita yg sudah berkahwin berumur 26tahun… sy sedang mengandung anak ketiga… 2 hari yg lepas, sy mengalami pendarahan/spotting (berwarna coklat) dlm kuantiti yg agak banyak (sehingga basah bahagian underwear). Sy risau dan terus bergegas ke bahagian emergency utk check kandungan sy… setelah diperiksa, doktor kata rahim sy cuma melecet dan ada sikit pendarahan (12oclock) tetapi tidak berbahaya… sehingga hari ini, sy masih mengalami spotting berwarna coklat berserta rasa cramp (kadang kadang) pada bahagian perut… jd sy perlukan pendapat doktor apa punca utk masalah sy ini, adakah ia normal dan perlu atau tidak sy ke hospital semula utk mendapatkan rawatan?
Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah pendarahan yang berwarna coklat dalam kuantiti yang banyak yang berlaku ketikan dalam kandungan. Untuk makluman anda, gejala pendarahan yang berwarna coklat atau seperti ketulan boleh dijelaskan oleh beberapa perkara, iaitu:
- Keguguran (Sila berjumpa dengan doktor sakit puan sekali lagi bagi menjalani siasatan pengimejan). Pendarahan yang berlebihan seperti yang anda perihalkan boleh disebabkan oleh keguguran yang terancam (Threatened abortion), iaitu kemungkinan untuk gugur adalah tinggi.
- Kehamilan ektopik: Namun, ia akan disampingin dengan simptom-simptom lain seperti pening kepala, sakit perut dan juga hilang kesedaran.
- Irritasi pada serviks: serviks terdiri daripada saluran darah yang lebat, oleh itu pendarahan mudah berlaku pada kawasan tersebut.
- Masalah rahim yang melecet seperti yang diperihalkan oleh doktor anda mungkin boleh disebabkan oleh penyakit darah yang belum diketahui dan perlu siasatan lanjut. Selain itu, ia juga boleh disebabkan oleh faktor kesihatan am yang boleh terjejas oleh penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis (gestational diabetes). Sila rujuk pada doktor anda.
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda sekali lagi bagi mengenalpasti punca masalah pendarahan yang anda alami bagi mengelakkan sebarang komplikasi yang boleh memudaratkan kesihatan anda dan bayi anda.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.