
Sulit
3 tahun
Rahim tinggi sukar hamil?
Saya telah membuat scan tvs untuk rawatan kesuburan dan doktor ada nyatakan bahawa rahim sya normal dan kedudukan rahim saya sedikit tinggi. Benarkah jika kedudukan rahim tinggi menyebabkan susah hamil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera
Terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Secara amnya, rahim boleh berada di kedudukan yang tinggi sedikit daripada normal, bermakna ia berkedudukan di antara abdomen dan pelvis. Tetapi ia tidak menyebabkan apa-apa kemudaratan pada kesihatan.
Terdapat juga keadaan di mana kedudukan rahim berada di bahagian abdomen disebabkan pembesaran rahim dalam gejala seperti:
- Adenomyosis
- Fibroid rahim
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.