
Sulit
4 tahun
Rambut berkelium yang teruk
Saya berusia 20 tahun dan mempunyai masalah rambut gugur kerana berkelium. Sya mencuba menggunakan shampoo yg berkualiti . Apa yg terjadi ialah, rambut sy tidak berkelimumur lagi namun rambut gugur semakin teruk. Apa patut sy buat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda sampaikan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kerap mandi air panas menyebabkan kulit kepala kering
- ekzema
- seborrheac dermatitis
- psoriasis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan besertqvrawatan yang tepat boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.