
Anonymous
4 tahun
Rambut gugur dan kelumumur
Rambut saya semakin gugur,macam-macam ptoduk saya gunakan untuk hilangkan kelumumur dan tumbuhkan ramhut tapi semua tidak berkesan.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- keadaan autoimun yang dipanggil alopecia areata iaitu kehilangan rambut pada kulit kepala serta di bahagian badan.
- Ubat-ubatan seperti antidepresan, retinoid, NSAID, penipisan darah, pil kawalan kelahiran dan rawatan hormon lain, ubat-ubatan tekanan darah tinggi, kemoterapi, dan radiasi
- Jangkitan kuman kulit
- Pembedahan utama
- Tiroid lebih aktif atau kurang aktif
- Masalah hormon
- Tekanan yang teruk
- Penyakit autoimmune, seperti lupus
- Jangkitan kulat kulit kepala
- Kehamilan dan melahirkan anak
- Pendedahan kepada bahan kimia seperti thallium, boron dan arsenik
- Anemia - kekurangan zat besi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!