
eidamj90
4 tahun
Rambut gugur yang teruk
Selamat pagi doctor, saya mengalami masalah rambut gugur yang teruk. Saya sangat risau doctor. Ada tak any supplement atau cream yg boleh mengatasi masalah ni.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, masalah keguguran rambut yang teruk boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, antaranya:
- Keturunan/genetik
- Perubahan hormon dalam badan
- Penyakit seperti “Alopecia”
- Jangkitan “Ringworm”
- Penggunaan ubatan seperti steroid
- Rawatan radioterapi
- Stress
- Penggunaan bahan seperti pewarna rambut dan kerap menggayakan fesyen rambut berlainan boleh menyebabkan rambut rosak dan gugur
- Antiobdi badan menyerang sel badan sendiri seperti akar rambut (autoimmune)
Bagi mengetahui punca masalah keguguran rambut anda, sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut kepada pakar astetik dan rawatan rambut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.