
Sulit
4 tahun
Rasa ade keras di bahagian payudara sebelah kiri
Hi doktor, saya baru perasan payudara sebelah kiri saya seperti ada bahagian Yang sedikit keras,saya Cuba bandingkan dengan Yang sebelah kanan, tapi sebelah kanan tidak begitu. Ianya tidak sakit, tapi sebelum ni, kadang2 saya pernah tiba2 rasa seperti sakit dada, tapi die macam rasa menyucuk di da da. Ianya jarang sekali berlaku. Saya tiba-tiba rasa bimbang. Adakah ini petanda Yang bahaya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga.
Antara punca gumpalan/ketulan di payu dara adalah:
- Cyst / kista
- Gumpalan tisu fiber
- Gumpalan tisu lemak
- Kanser payudara
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan doktor supaya pemeriksaan dan ujian yang sesuai dapat dijalankan.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih