
Sulit
3 tahun
Rasa bak muntah lepas makan postinor 2
Doktor kalau seks melalui jubur dan terpancut dalam jubur boleh menyebabkan kehamilan tak? Lepas tu Saya makan postinor 2… saya takut saya hamil

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, kehamilan boleh berlaku jika lelaki ejakulasi dalam faraj wanita. Kehamilan juga boleh berlaku jika air mani terkena pada sekitar lubang faraj, namun kemungkinan untuk ia berlaku adalah sangat rendah. Selain itu, pil perancang kecemasan adalah efektif dalam mencegah kehamilan jika diambil dalam masa 72 jam dari hubungan tanpa pelindung.
Kesan sampingan pil perancang kecemasan adalah :
- Loya dan muntah
- Sakit perut
- Haid tidak teratur
- Keletihan
- Pening
- Sakit payudara
- Sakit kepala
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.