
Sulit
4 tahun
Rasa bende sangkut pada saluran tekak
Hi doktor … saya nak tanya saya tak tahu apa yang saya alami … baru-baru ni saya merasakan ade sesuatu dalam tekak saya … saya rasa macam ade bende yang sangkut pada saluran tekak saya … lagi lepas makan atau minum air tidak lama kemudian rasa tak selesa pada saluran tekak saya tapi bila tak makan ianya tiada rasa apa-apa pun … ianya tak rasa sakit cuma tak selesa sahaja kadang-kadang saya berasa risau hendak makan atau minum saya takut ianya akan bertambah teruk … selain itu, bila saya baring ade masanya saya berasa tak selesa pada bahagian saluran tekak saya mengakibatkan saya terpaksa bertukar-tukar arah semasa baring … mohon percerahan dari doktor dan apakah rawatan jika saya pergi hospital atau klinik … terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Tonsilitis
- Pharyngitis
- Masalah pada kelenjar tiroid
- Ketumbuhan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.