
Sulit
5 tahun
Rasa bengkak ditekak (kerongkongberasa panas)
Hai Doc, sy lelaki umur 30an. Sudah hmpr 1mgu sy mengalami sakit tekak & pd ms sma tlh brjmpa doktor & diberi ubat hisap & kumur. Namun keadaan tekak sy msh krg selesa skrg rs sprti bengkak(sprti trsekat) dikiri kanan kerongkong trutama wktu mlm & trdapat biji kecil kemerahan & putih dipangkal lidah. Keadaan ini kadang berlaku setiap kali sy berasa lapar? Apakah punca & ubat yg sesuai bg penyakit saya. Ingin kepastian. T.kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- keradangan tonsil
- keradangan anak tekak
- peritonsilar abses
- abses mulut
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.