
Sulit
4 tahun
Rasa dihiris2 sblh kiri dlm perut sampai bawa ke pinggang
Saya 40 thn. Dah lebih kurang 2-3 tahun saya dpt penyakit ni on and off. Dlm setahun dlm 5-6x.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang sakit perut.
Untuk pengetahuan anda terdapat banyak sebab sakit perut boleh berlaku seperti:
Sindrom iritasi usus : simptom bagi sindrom ini adalah sembelit, cirit birit, sakit dan kekejangan perut yang silih berganti. Simptom akan menjadi semakin teruk sekiranya pesakit mengalami stres dan pemakanan yang tidak seimbang.
Keradangan usus : terdapat dua jenis penyakit keradangan usus samada penyakit kron atau ulser kolon. Penyakit ini akan memberikan simptom sakit perut yang tidak spesifik, diiringin simptom najis berdarah, kehilangan berat badan dan sebagainya.
Sindrom pramenstruasi: sakit perut sehingga ke belakang boleh menjadi salah satu simptom sindrom pramenstruasi. Ini disebabkan oleh bahan kimia prostaglandin yang dikeluarkan.
Penyakit celiac : penyakit ini berlaku apabila immune badan pesakit memusnahkan dinding perut sekiranya pesakit tersebut menghidap alergik kepada makanan ber-gluten.
Batu karang : Sakit di bahagian pinggang yang mecucuk, kadangkala pesakit juga akan sakit di bahagian kemaluan serta diiringi kencing berdarah.
Kanser kolon : sekiranya anda mengalami simptom sakit perut, kembung perut, cirit birit, atau penurunan berat badan yang berpanjangan, anda dinasihatkan untuk menjalani ujian di hospital bagi mengtehui adakah ianya kanser atau tidak.
Oleh kerana anda seorang wanita, beberapa penyakit khusus bagi wanita juga harus dititik beratkan seperti :
- Kandungan luar rahim
- Sista ovari
- Endometriosis
Saya tidak boleh menyimpul situasi yang anda alami, saya menasihatkan anda untuk ke berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan susulan. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.