
Sulit
4 tahun
Rasa gelisah selalu fikir kematian & rasa dada sempit ketika mengiring badan
Saya berumur 18thn . Saya rasa resah gelisah cemas dan selalu fikir kematian . Yang kedua, saya seorang perokok dan sekarang rasa tak sedap dada kiri dan dada tengah seperti menekan . Bila mengiring rasa dada sempit . Apakah penyelesaian untuk penyakit resah cemas dan perlukah saya berjumpa doktor tentang sakit dada itu ? Apakah ia simptom sakit jantung ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Melalui kenyataan yang diberikan, anda mempunyai masalah kegelisahan yang menyebabkan anda kerap memikirkan kematian dan mengalami masalah dada rasa sempit. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam hal ini.
Untuk pengetahuan anda, gejala yang anda hadapi boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Stres berlebihan
- Kurang rehat
- Perubahan hormon
- Merokok
Namun gejala ini boleh berlaku disebabkan perkara yang lebih serius yang memerlukan pemerhatian lebih lanjut oleh doktor seperti:
- Anxiety
- Kemurungan
- Skizofrenia
- Penyakit bipolar serta psikosis
- Penyakit kemurungan serta psikosis
Oleh kerana gejala yang anda hadapi berkait dengan mental dan psikologi anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan pandangan lebih lanjut dalam hal ini.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar psikiatri