
sharifahemilia
5 tahun
Rasa gementar sesak nafas secara tiba2 ada yg kata anxienty
Saya wanita berusia 46 thn.mmounyai pnyakit yg tkut kluar umh bla sebut perkataan jom je saya mula rasa ngelabah oanik dan secara tuba2nya saya akn mngalmi sesak nafaa.klau dekat blh bla jauh dia akn jd mcm tu. Dan klau saya tidak bersama dngn org2 yg saya yakin soerti suami dan mak saya bagaimana saya nk mngatasi perasaa. Dan rasa2 tersebut

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala-gejala yang anda alami boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Penyakit keresahan iaitu “Agoraphobia” - sejenis penyakit keresahan dimana seseorang takut untuk keluar rumah
- Penyakit asma
- Anemia (kurang sel darah merah)
Untuk mengatasi masalah ini, anda perlu merujuk kepada pakar psikiatri dan suami anda boleh menemani anda. Pakar psikiatri akan membantu membuat diagnosis secara formal dan rawatan bersesuaian dengan anda. Rawatan akan secara berperingkat dan dibantu oleh pakar. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Sekian.