
Anonymous
5 tahun
Rasa hilang minat pada kehidupan seharian
Saya bekerja tetap, 5 hari seminggu. Saya juga ada kerja sampingan membantu sahabat saya, tanpa bayaran. Baru2 ini ada konflik dalam kerja sampingan saya dan sahabat saya dah tak mahu meneruskan kerja2 yg kami lakukan ketika ini. Dan tak mahu saya terlibat dengan kerja tersebut lagi, tapi kami masih bersahabat seperti biasa. Namun, saya mula rasakan dunia saya kosong tanpa kerja2 sampingan tersebut. Saya hilang minat dengan kerja tetap saya. Setiap pagi saya berfikir sama ada saya perlu pergi ke pejabat atau tidak. Saya sedih dan mudah menangis apatah lagi jika kawan2 pejabat bertanya perihal kerja sampingan saya. Maka saya mula elak ajakan kawan2 pejabat untuk keluar makan atau melakukan apa2 aktiviti. Saya hanya mahu terlibat dengan perbincangan berkaitan kerja pejabat sahaja. Perkara ini saya mula rasai sejak seminggu satu minggu yg lalu. Saya sentiasa terfikirkan kekosongan tanpa kerja sampingan ini. Saya mula rasa letih yg amat, dan kebanyakan masanya saya rasa hidup saya dah tiada harapan. Tidur malam semakin sukar, lalu menyulitkan saya utk bangun pagi dan pergi kerja seperti biasa. adakah perkara ini akan berakhir? Adakah normal bila saya rasakan hidup saya kosong dan tiada harapan tanpa kerja sampingan saya? Saya dah mula rasa keletihan sepanjang hari. Macam mana saya nak cope dengan keadaan saya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- masalah menyesuaikan diri dengan situasi baru (adjustment disorder)
- kemurungan (depression)
- social phobia (takut kepada situasi sosial)
-masalah thyroid (hypothyroidism)
Tetapi dalam kes anda, melalui keterangan tersebut , anda mungkin mempunyai masalah kemurungan dengan simptom fizikal. Apa yang boleh saya cadangkan adalh cuba untuk sibukkan diri dengan perkara lain seperti mencari hobi baru atau mencari pekerjaan lain yang boleh mengalihkan perhatian anda daripada memikirkan tentang kerja sampingan itu. Anda juga boleh membuat temu janji dengan doktor untuk merawat simptom anda. Untuk pengetahuan anda, kemurungan juga boleh disebabkan tindakbalas kimia yang tidak seimbang dalam badan anda. Semoga anda bertemu jalan penyelesaian masalah anda dan kami sedia untuk membantu anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.