
Sulit
4 tahun
Rasa ingin buang angin tapi tiada
Saya lelaki berumur 20 tahun ingin rasa buang angin tapi tiada. Hal ini menyebabkan saya meneran untuk buang angin. Adakah saya mengalami penyakit ?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang oleh menyebabkan masalah yang anda hadapi seperti:
- sembelit
- penyakit kronik usus seperti ulcer usus dan penyakit Crohn
- pertumbuhan bakteria yang berlebih-lebihan di dalam usus
- masalah penghadaman
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.