
Sulit
4 tahun
Rasa ingin Kram perut ketika buang air besar
Saya lelaki berumur 18 tahun ketika saya membuang air besar saya rasa agak sukar najis untuk keluar dan saya perlu meneran bila saya meneran saya rasa kram perut najis saya keluar seperti normal tenggelam dan tiada darah tidak berbau dan mudah hancur tetapi masalah meneran dan ingin kram perut tu dari semalam saya rasa dan membuat saya risau saya juga kerap buang angin dan sendawa dan rasa lapar bila makan banyak kentut saya semakin kuat dan saya orang yang kurang makan buah buahan dan kurang mengambil serat saya hanya makan nasi dan kadang kadang sayur tu pun beberapa helai sayur daun selera makan saya juga tidak berkurang

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang dialami oleh anda. Untuk pengetahuan anda, masalah kebas atau cramp perut yang dialami oleh anda mungkin disebabkan oleh:
- Tekanan abdomen yang meningkat
- Ketegangan otot perut
Ia juga boleh disebabkan oleh punca lain yang tidak kami sebutkan di atas. Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.