
Anonymous
5 tahun
Rasa kerap nak kencing
Saya lelaki berusia 33 tahun. Saya tidak selesa dibahagian bawah perut.
Sehari sebelum tu, rasa sakit di belakang pinggang sebelah kiri. Hari ini rasa macam pundi kencing penuh, tapi bila ke bilik air, hanya sedikit air kencing yang keluar.
Malah, lepas air kencing keluar banyak pun (keluar dengan laju), masih rasa macam pundi kencing penuh.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang tuan berikan, gejala kerap kencing serta kepedihan pada pinggang boleh disebabkan:
- Keradangan saluran kencing dan buah pinggang - akibat batu karang/jangkitan kuman
- Kencing manis
- Terlalu banyak minum air
- Masalah prostat
- Masalah hormon yang mengawal air dalam badan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.