
Sulit
3 tahun
Rasa mcm pusat berdenyut akibat cemas berlebihan
Assalamualaikum doktor, sy remaja dan saya wanita… sejak akhir ni sy ada rasa simptom mcm anxiety disorder… sesak nafas, jantung berdebar- debar, tgn dan kaki kebas, sejuk dan menggigil, ada rasa ikatan dekat kepala dan ada angin dalam belakang badan kiri dan dada kiri… tpi sejak 2 bulan lebih kena anxiety sy asyik risau dan cemas berlebihan masa sy baring sy terasa bahagian perut dan pusat sy berdenyut mcm denyutan jantung… bukan itu saja masa setiap sujud membaca doa serta sy tarik nafas dan terasa seperti perut dan pusat sy berdenyut tetapi setelah berdiri sy tidak merasa denyutan itu… apakah itu dokter?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami amat memahami keadaan anda dan akan cuba membantu.
Anda disarankan untuk mendapatkan pendapat serta mengambil rawatan pakar psikiatri jikalau diperlukan.
Jangan memperlewatkan rawatan anda kerana ini hanya akan merosotkan lagi keadaan anda.
Hanya seseorang pakar psikiatri dapat memberikan diagnosis yang lengkap dan tepat.
Mereka juga akan memastikan masalah ini tidak kerana masalah organik seperti masalah tiroid dan sebaginya.
Kami harap jawapan ini membantu.
Jangan terus meningkatkan kegelisahan dan sila bercakap dengan pakar melalui atas talian.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Psikiatri