Sulit
4 tahun
Rasa mcm sakit je nk minum n makan
Saya ade mslh tekak sakit lepas bangun pagi.saya makan nasi terasa sebiji2 nasi tu kt tekak tp bila minum air tidak sakit pn.lama sikit makan n minum sakit tu xde tp esoknya berlaku lagi.saya xde simptom susah nk telan atau batuk.ni berlaku sebab saya kerap sgt buang kahak.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, rasa tidak selesa pada tekak anda ketika makan atau minum ini boleh disebabkan:
- Luka pada tekak
- Radang tonsil
- “Globus pharengeus” - punca yang tidak diketahui
- Jangkitan kulat dalam tekak - seperti kandidiasis
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.