Sulit
3 tahun
Rasa nak demam tangan jadi kebas kesejukan bila selimut langsung tiada peluh
Hai,sye berumur 32tahun,rasa mengalami batuk kahak dan mula selsema,kepala juga ikot sakit tetapi tidak serius,sekarang saya berasa sejuk pd tangan dan kaki,tangan juga ad merasa kebas-kebas bile saya selimutkan badan rasa krg sejuk tapi saya tidak berpeluh dan sukar untuk tidur…tidur jadi terganggu dan akan terjaga…
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan virus seperti Influenza atau Dengue.
- Jangkitan bakteria pada paru-paru (Pneumonia)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor **dengan kadar segera kerana pada masa sekarang, ianya adalah penting untuk mendapatkan rawatan dengan secepat mungkin akibat wabak Coronavirus yang boleh membawa maut, ia juga akan menyebabkan gejala seperti ini. ** Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.