Sulit
2 tahun
Rasa nak kencing tapi tak boleh kencing
hai doctor saya dah 5 hari rasa nak kencing tapi tak boleh kencing saya minum banyak air akan kencing banyak sikit tapi habis kencing akan rasa nak kencing lagi tapi tak boleh…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan maklumat di atas, kami memahami bahawa anda mempunyai rasa kencing tidak habis. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, masalah kencing tak habis ini boleh disebabkan oleh:
- Masalah prostat
- Batu karang
- Jangkitan salur kencing
- Masalah buah pinggang
- Masalah pundi kencing
Berikut merupakan diagnosis umum tentang penyakit anda. Kami tidak dapat memberikan nasihat rawatan serta diagnosis tepat tanpa sejarah kesihatan, pemeriksaan fizikal serta ujian klinikal. Kami sarankan agar perkara ini dirujuk kepada doktor.
Anda juga boleh rujuk kepada doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.