
Sulit
4 tahun
Rasa nak period sakit perut tapi melakukan ovulasi
Hi Doc, Nak tanya, Kalau Dah terasa Nak Datang Haid, dan Melakukan Ovulation Adakah Saya Akan Hamil Atau Tidak Doc?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, ovulasi atau kesuburan biasanya berlaku pada hari ke 14 kitaran haid, bukan hari terakhir. Sekiranya hubungan seksual tanpa perlindungan berlaku pada lingkungan tempoh ini, kemungkinan untuk hamil berlaku adalah tinggi. Namun sekiranya hubungan seksual berlaku bukan pada waktu ovulasi, tidak semestinya kehamilan tidak boleh berlaku, masih ada peluang untuk kehamilan berlaku. Bagi mengesahkan kehamilan seseorang, anda bopleh melakukan ujian UPT selepas 2 minggu daripada tarikh anda bersama dengan pasangan. Anda juga boleh berjumpa dengan doktor bagi tujuan pemeriksaan.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.